BUKIT MERTAJAM 12 Mac - Cabaran menjadi satu-satunya pelajar Melayu di kalangan 618 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah kebangsaan Cina tidak menghalang Abdul Basit Salim, (gambar) 18, untuk memperolehi 11 1A.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJK) Jit Sin di sini berkata, kelebihannya bertutur dalam bahasa Mandarin turut memecahkan tembok antara Melayu dan Cina.
"Kalau dulu memang sukar untuk bina hubungan persahabatan tetapi lama-kelamaan, saya semakin diterima di kalangan kawan-kawan malah berjaya membentuk satu kepercayaan antara mereka," katanya yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.Tambahnya, walaupun mempelajari bahasa Mandarin sejak berusia enam tahun sehingga tamat persekolahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan.''Kebanyakan orang berfikir saya belajar Mandarin sejak kecil jadi mudah apabila saya memasuki sekolah rendah atau menengah bila hendak berbual atau bergaul tetapi ia tidaklah semudah itu."Kadang-kadang saya masih lagi merasa kekok terutamanya bila melawat ke sekolah lain untuk perlawanan bola sepak," katanya.Ujar Abdul Basit, kesemua adik-adiknya dimasukkan ke sekolah Cina sejak tadika sehingga tamat sekolah.Abang sulungnya yang juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama, kini melanjutkan pelajaran di Perancis dalam bidang perakaunan di bawah biasiswa Petronas.''Mak dan abah pernah beritahu mereka masukkan kami adik-beradik ke sekolah Cina sebab antara banyak perkara yang mereka boleh bagi, mereka tidak dapat nak beri kami bahasa Mandarin dan ia hanya boleh dipelajari di sekolah," kata Abdul Basit.
Ketika ditanya mengenai jadual pembelajarannya, Abdul Basit memberitahu dia tidak mempunyai jadual khusus tetapi gemar mengulang kaji pelajaran sementara menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya, Real Madrid.
Selain itu, beliau turut membaca buku cerita atau novel bahasa Mandarin, menonton berita Warta Mandarin di samping mendengar lagu Cina.
Abdul Basit yang ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di Jepun.
Sementara itu, seorang lagi pelajar sekolah terbabit tidak menjadikan kecacatannya sebagai penghalang memperoleh 12 1A dalam SPM yang lalu dan berkecimpung dalam sukan bola keranjang.Wong Kia Fu, 18, berkata, dia memakai kaki palsu di kaki kirinya sejak lahir kerana anggota badannya itu lebih pendek daripada kaki kanan.
Ujarnya, walaupun begitu dia tidak pernah merasakan dirinya cacat dan perlu menagih simpati dalam apa juga perkara yang dilakukan.

1 comment:
berita ini sungguh mengemparkan sekolah tersebut dan negara amnya.ini kerana pelajar tersebut yang bernama Abdul Basit yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(spm) 11 1A yang diumumkan semalam.pelajar ini bukan sahaja cemerlang dalam akedemik malah turut terlibat dalam bidang ko-kurikolum di sekolah tersebut dan juga salah seorang wakil sekolah dalam acara bola keranjang yang majoriti palajar cina.ini membuktikan kepada kita pelajar melayu dapat bersaing dengan pelajar cina dalam semua aspek.Abdul Basit merupakan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain amnya dan malah pada adik-adik-nya yang masih menuntut di peringkat rendan dan menengah. ini membuktikan pelajar ini bersungguh dalam menuntut ilmu. ini kerana dia merupakan pelajar tunggal di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tersebut.beliau juga turut fasih dalam bahasa mandarin yang diajarkan disekolah tersebut.jadual pembelajaran pelajar ini tidaklah begitu ketat tetapi boleh dikatakan ada ruang kosong untuk bermain bersama kawan dan adik-adiknya.
Post a Comment