KUALA LUMPUR 12 Mac - Satu sindiket pemalsuan pelbagai jenis dokumen yang didalangi warga asing ditumpaskan hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin berkata, dalam serbuan pukul 10 malam itu polis merampas beberapa peralatan termasuk mesin pencetak yang digunakan untuk mencetak serta memalsukan dokumen.
Beliau menegaskan peralatan itu dipercayai digunakan untuk membuat dokumen antaranya MyKad bermutu tinggi, kad visa, lesen memandu antarabangsa dan sijil pernikahan sebuah negara Asia Selatan.
"Kegiatan sindiket ini terbongkar apabila tertangkapnya seorang suspek lelaki warga asing berusia 28 tahun di sebuah rumah teres di Setapak Jaya, di sini kelmarin.
"Polis turut menemui lima pasport palsu di rumah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Sofian menambah, kejayaan menumpaskan sindiket itu adalah hasil operasi khas yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Beliau berkata, suspek itu ditahan reman sehingga Isnin depan dan disiasat mengikut Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen (Pindaan) 2002.
Menurutnya, polis kini sedang memburu dalang utama sindiket itu yang dikenali sebagai Nadeem, 36 tahun.
Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan sindiket yang beroperasi sejak dua tahun itu mempunyai rangkaian dengan kedutaan negara asal suspek.
"Tetapi sindiket ini menggunakan pos laju untuk urusan penghantaran serta penerimaan dokumen dan mereka dipercayai bergiat aktif di seluruh negara," jelasnya.
Beliau berkata, MyKad, kad visa dan surat nikah sebuah negara di Asia Selatan ditawarkan dengan harga RM50 sekeping manakala lesen memandu antarabangsa pula RM80.

1 comment:
sindeket pemalsuan pelbagai jenis dokumen merupakan aktiviti yang tidak sihat.ini kerana kegiatan ini boleh mencemarkan jabatan kerajaan yang mana segala dokumen rasmi dikeluarkan oleh jabatan yang berkenaan.sideket ini beroperasi di malaysia sudah begitu lama.tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh pihak polis namun saki baki sideket ini tetap bebas dan menjalankan kegiatan seperti biasa.peralatan yang digunakan untuk memalsukan dokumen adalah alat yang begitu canggih dan diimport khas dari nagara eropah.antara dokumen yang dipalsukan oleh sideket ini adalah kad pengenalan,pasport antarabangsa,lesen memandu,kad visa,sijil nikah dan sebagainya. dokumen palsu ini akan dijual kepada warganegara asing yang menetap di malaysia yang mana warganegara asing ini memasuki dengan secara haram.antara warganegara asing yang membeli pasport atau dokumen ini kebanyakannya terdiri daripada Indonesia,Nepal,Bangladesh,Nepal , vietnam dan banyak lagi.kegiatan ini sewajarnya dibendung dan semua pihak mengambil inisiatif bagi memastikan kegiatan ini tidak berleluasa lagi.
Post a Comment