JOHOR BAHRU 5 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Nusajaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila menahan tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas 35 peket dadah jenis ketamin dan 200 biji pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM10,000 dalam serbuan di Taman Sri Orked dekat sini, semalam.
Dalam serbuan pukul 1.20 petang itu, polis turut merampas tiga kereta iaitu dua Honda Civic dan sebuah Proton Waja yang bernilai lebih RM130,000.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, semua suspek yang berasal dari Johor Bahru itu berusia antara 16 dan 23 tahun.
Menurutnya, serbuan diketuai Cif Inspektor Mat Nawi Abdul Rahman itu menemui sebahagian dadah dibungkus dengan surat khabar dan dipercayai untuk diedarkan manakala sebahagian lagi di dalam sebuah beg hitam.
"Kami percaya penglibatan mereka dalam sindiket pengedaran dadah ini disebabkan oleh keghairahan mahu hidup mewah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, ujian air kencing ke atas keempat-empat suspek turut menunjukkan mereka positif dadah, menunjukkan mereka turut menjadi penagih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan Seksyen 12(2) di bawah akta yang sama," ujarnya.
Komen:
Jenayah membawa padah.itulah yang sering kali kita dengar di media massa.jenayah banyak sekarang ini terjadi dimana-mana.antara kegiatan jenayah yang sering kali kita dengar bunuh,rogol,rompak,samun,dan banyak lagi yang sewaktu dengannya.di negara kita (Malaysia) kadar jenayah meningkat begitu ketara sejak 4 tahun yang lalu.statistik menunjukkan kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) pada tahun lepas.yang terbaru kejadian perculikan kanak-kanak adik syarline yang hilang sejak 4 bulan yang lalu tidak ditemui sehingga ke hari ini.negara kita sudah mencapai kemerdekaan yang ke 50 tapi kadar jenayah di negara kita tidak dapat diturunkan.anggota polis meningkat setiap tahun tapi jenayah meningkat sama seperti pengambilan anggota polis.ini menunjukkan penjenayah berlumaba dengan polis untuk melakukan jenayah di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jenayah membawa padah.itulah yang sering kali kita dengar di media massa.jenayah banyak sekarang ini terjadi dimana-mana.antara kegiatan jenayah yang sering kali kita dengar bunuh,rogol,rompak,samun,dan banyak lagi yang sewaktu dengannya.di negara kita (Malaysia) kadar jenayah meningkat begitu ketara sejak 4 tahun yang lalu.statistik menunjukkan kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) pada tahun lepas.yang terbaru kejadian perculikan kanak-kanak adik syarline yang hilang sejak 4 bulan yang lalu tidak ditemui sehingga ke hari ini.negara kita sudah mencapai kemerdekaan yang ke 50 tapi kadar jenayah di negara kita tidak dapat diturunkan.anggota polis meningkat setiap tahun tapi jenayah meningkat sama seperti pengambilan anggota polis.yang terbaru berlaku Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menumpaskan satu sidiket pengedaran dadah apabila menahan tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas 35 paket dadah jenis ketamin dan 200 biji pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM10,000 dalam sebuan di Lembah Kelang.kejadian itu merupakan yang kedua tersbesar yang berjaya ditumpaskan oleh PDRM yang bertungkus lumus dalm usaha memerangi jenayah di negara Malaysia.
Post a Comment