Wednesday, March 12, 2008

Seksa 7 jam

KUALA LUMPUR: Sengsara dalam gelap. Itulah yang dihadapi seorang pemandu teksi yang diikat pada sebatang pokok dan dibiarkan menjadi ‘habuan’ nyamuk serta semut selama tujuh jam dalam kebun getah di Kuang, Sungai Buloh, dekat sini, malam kelmarin.Lelaki berusia 37 tahun itu yang menghidap penyakit kencing manis dibiarkan tanpa baju dengan mulutnya ditampal pita pelekat oleh penjenayah yang menyamunnya.Lebih menyedihkan, mangsa tidak dapat membuang air kecil secara normal, sebaliknya terpaksa menggunakan kantung khas. Pemandu teksi berkenaan terlepas daripada seksa terbabit apabila diselamatkan sepasukan polis, tujuh jam kemudian.
Mangsa dikenali sebagai Zee, berkata dalam kejadian jam 9 malam, tiga lelaki menahan teksinya di Sungai Mas, Jalan Ipoh dan meminta dihantar ke Rawang.
“Saya terus membawa mereka ke destinasi diminta tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk. “Apabila tiba di kawasan kebun getah di Rawang, seorang lelaki mengeluarkan parang dan mengugut saya supaya menyerahkan barang berharga,” katanya di sini, semalam.Dia berkata, lelaki itu terus mengikat tangan serta menutup mulutnya dengan pita pelekat sebelum diikat pada sebatang pokok getah, manakala teksinya dilarikan.Dia cuba melepaskan diri dan menjerit meminta tolong, namun gagal hingga diselamatkan sepasukan polis kira-kira jam 4 pagi.Penemuan pemandu teksi itu bermula selepas polis memberkas tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kegiatan samun teksi di Taman Sri Kuching, di sini, kira-kira jam 10.45 malam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md Yassin, berkata sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah teksi.“Polis kemudian menghampiri kumpulan lelaki terbabit untuk melakukan pemeriksaan.“Mereka bagaimanapun melarikan diri dengan masuk ke dalam teksi dan memecut laju,” katanya kepada wartawan di sini, semalam.Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Deputi Superintendan Ng Lean Seong. Beliau berkata, polis mengejar suspek sejauh beberapa kilometer sebelum berjaya memberkas mereka di Bukit Tunku.Soal siasat ke atas suspek mendapati mereka terbabit dalam kejadian menyamun teksi.“Mereka membawa polis ke dalam hutan di Kuang, Sungai Buloh tempat mereka mengikat seorang pemandu teksi.“Lelaki terbabit diikat di kaki dan tangan manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat,” katanya.Ahmad Sofian berkata, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai penumpang teksi dan meminta dihantar ke lokasi yang diminta.Katanya, penjenayah itu akan melakukan kegiatan samun menggunakan parang apabila mempunyai peluang.“Mereka turut mencederakan pemandu teksi yang melawan dan mangsa akan ditinggalkan di kawasan sunyi selepas barang berharga serta teksinya dilarikan.“Polis turut menemui sebuah lagi teksi di kawasan Pasar Borong Selayang yang disyaki disamun suspek terbabit,” katanya.Menurutnya, polis merampas satu topeng berwarna hitam dan sebilah parang.

1 comment:

mizai said...

jenayah membawa padah.kegiatan samun dan rompak menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.ini berikutan berlaku kejadian samun dan rompak keatas pemandu teksi. kejadian ini amat menyedihkan kerana pemandu teksi mengidap sejenis penyakit kencing manis. perompak tersebut membiarkan dirinya tidak berbaju dalam kedaaan sejuk.sehingga ada nyamuk dan semut yang mengigit tubuhnya menjadi merah dan bengkak. sebagai pemandu teksi hendaklah berwaspada apabila ada penumpang yang ingin menaiki kereta lebih pada waktu malam.dan pemandu juga seharusnya belajar untuk mempertahankan diri. sebagai contoh kita hendaklah belajar cara-cara mempertahankan diri apabila berada dalam kesusahan.ini menguntungkan kita di masa depan kelak.pihak polis seharusnya memantau disegenap jalan bagi memastikan keselamatan orang awam berada dalam keadaan selamat.orang awam juga boleh memberi maklumat kepada pihak polis bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.